Abdullah Aziri Bin Mohd Khazali Politeknik Muadzam Shah, Pahang
Projek ini bertujuan untuk melaksanakan strategi pengiklanan yang efektif dan berkesan bagi Zoo Rimba Razia yang bertempat di negeri Kelantan untuk memperluaskan jaringan pelancong terutama mereka yang berada di Pantai Timur. Kurangnya pendedahan dari segi pengiklanan menyebabkan zoo ini kurang dikenali ramai termasuklah mereka yang berada berdekatan, sekaligus gagal menarik minat orang untuk berkunjung. Cadangan penjenamaan bermula dari segi rekabentuk logo dan konsep, dan seterusnya pengiklanan yang menarik adalah strategi yang perlu diberi penekanan bagi menarik orang ramai untuk berkunjung ke Zoo Rimba Razia. Inovasi permainan berteraskan 3E iaitu Education, Experience dan Enjoyable yang diaplikasikan di dalam packaging, seterusnya direalisasikan dalam bentuk VR yang dicadangkan bakal memberi impak bagi menarik minat pengunjung.