NUR IMAN SYAFIQAH BINTI MOHAMAD MUSTAKIM SMK SUNGAI LAYAR
Dalam dunia yang semakin dicemari oleh sisa buangan domestik, salah satu bahan yang sering diabaikan ialah minyak masak terpakai yang lazimnya dibuang terus ke dalam sinki atau tanah, sekali gus mencemarkan sumber air dan tanah serta memberi kesan negatif terhadap sistem ekosistem dan kesihatan awam. Projek inovasi ini memperkenalkan satu penyelesaian lestari dengan menukar minyak masak terpakai kepada sabun pembersih serbaguna buatan sendiri, sebagai satu usaha memanfaatkan sisa yang sebelum ini dianggap tidak berguna. Masalah utama yang dikenalpasti ialah kurangnya kesedaran dalam kalangan masyarakat mengenai kaedah pengurusan minyak terpakai yang betul serta ketiadaan produk alternatif yang mesra alam, mampu milik dan selamat untuk digunakan. Maka, projek ini dijalankan dengan berfokuskan kepada pendekatan Engineering Design Process EDP yang merangkumi fasa Empathize mengenal pasti keperluan dan masalah melalui pemerhatian dan temu bual, Define merumuskan isu utama berkaitan pencemaran minyak masak, Ideate mencadangkan idea inovatif sabun kitar semula, Prototype membuat sabun menggunakan minyak terpakai air suling dan soda kaustik, Test menggunakan sabun secara praktikal dalam mencuci tangan dan permukaan dan Refine menambah baik aspek tekstur warna dan pembungkusan sabun. Walaupun tiada ujian makmal seperti pengujian tahap keasidan dijalankan, keberkesanan sabun dinilai secara praktikal berdasarkan penggunaan harian dan maklum balas pengguna. Sabun ini juga disediakan dalam pelbagai bentuk dan pewangi menggunakan minyak pati semula jadi bagi meningkatkan daya tarikan dan nilai tambah produk. Sumbangan utama projek ini adalah dalam meningkatkan kesedaran pelajar dan komuniti terhadap kepentingan kitar semula serta memberikan pendidikan tidak formal berasaskan pengalaman sebenar, selaras dengan Matlamat Pembangunan Mampan SDG terutamanya SDG 12 Penggunaan dan Pengeluaran yang Bertanggungjawab dan SDG 13 Tindakan terhadap Perubahan Iklim melalui pengurangan sisa buangan yang mencemarkan alam sekitar. Projek ini turut membuka potensi ke arah penjanaan pendapatan sampingan secara kecil-kecilan terutamanya dalam kalangan suri rumah pelajar dan komuniti setempat sekaligus menjadikannya mempunyai nilai komersil yang tinggi kerana kos bahan rendah proses penghasilan mudah dan pasaran pengguna yang luas. Di samping itu pembungkusan sabun yang menggunakan bahan kitar semula seperti kotak terpakai dan kertas kraft turut memperkukuh elemen kelestarian dalam projek ini. Keseluruhannya inovasi sabun daripada minyak terpakai ini bukan sahaja menyelesaikan isu pencemaran secara praktikal malah membentuk budaya lestari dalam kalangan pelajar melalui pengalaman pembelajaran bermakna penyertaan dalam pameran inovasi serta aktiviti komuniti. Ia melatih pelajar berfikir secara kreatif bekerjasama dalam kumpulan dan membina jati diri sebagai ejen perubahan alam sekitar. Projek ini berpotensi besar untuk dikembangkan dalam skala lebih besar dan menjadi model pendidikan kitar semula di sekolah sekolah dan komuniti seluruh negara.