YS1972: NUGGET VITANUG

NUR DANIA BINTI ANUAR SMK KUALA NERANG

VIC25 | Young Scientist

CR: 0.0000 | 0 Likes | 6 Views | 13 times | LS: 13.0
Like it? | Support them now!

Projek inovasi ini membangunkan produk makananan iaitu ‘VitaNug’, sejenis nugget sihat yang dihasilkan berasaskan tumbuhan selaras dengan matlamat pembangunan lestari (SDG) 3 : ‘Good Health and Well-Being’ untuk menyokong gaya hidup sihat di kalangan masyarakat. Penghasilan produk inovasi ini menggunakan sisa hasil pertanian iaitu rambut jagung  dan sumber hasil pertanian tempatan  di daerah Padang Terap iaitu cendawan tiram dan labu kuning. Objektif projek ini adalah bertujuan untuk menghasilkan alternatif makanan segera yang lebih berkhasiat dan mesra kesihatan sejajar dengan keperluan gaya hidup moden dan sesuai untuk semua peringkat umur. Rambut jagung dipilih kerana kaya dengan serat dan antioksidan, manakala  cendawan tiram memberikan sumber protein tumbuhan yang baik dan mempunyai tekstur yang menyerupai daging. Labu kuning dipilih kerana kaya dengan vitamin A, serat dan memberi warna serta rasa semula jadi kepada produk. Kajian projek inovasi ini juga menggantikan bahan pemprosesan biasa seperti serbuk roti dengan emping jagung dan labu kuning sebagai bahan salutan bagi meningkatkan kandungan serat serta memberikan tekstur yang lebih semula jadi. Ujian makmal yang dijalankan di sekolah melibatkan analisis pH,  analisis nutrien, ujian organoleptik  dan soal selidik potensi kebolehpasaran. Hasil kajian menunjukkan bahawa nugget ’VitaNug’ mempunyai ciri-ciri pemakanan yang baik dan berpontensi tinggi sebagai makanan inovatif yang menyumbang ke arah kesejahteraan masyarakat. Projek inovasi ini juga meningkatkan kesedaran terhadap amalan pemakanan sihat dan menyokong pembangunan produk berasaskan sumber tempatan yang bermanfaat.

Type Your Abstract Here!