THAQIF HAZIQ BIN SHAHRIZAN SEKOLAH KEBANGSAAN PARIT BAHARU
MATHviz6 ialah aplikasi pembelajaran Matematik interaktif berasaskan visual yang dibangunkan untuk meningkatkan kefahaman konsep Matematik murid Tahun 6 melalui visualisasi, gamifikasi dan penyelesaian masalah. Aplikasi ini merupakan penambahbaikan hampir 70% daripada versi terdahulu, MTHViz, dengan antaramuka baharu, modul pembelajaran diperluas, pemantauan prestasi masa nyata dan maklum balas motivasi. Ia merangkumi topik pecahan, sifir, wang, isipadu, koordinat dan ujian komprehensif dalam satu platform GUI berasaskan MATLAB. Inovasi ini telah mendapat perlindungan harta intelek dan disokong dua kajian keberkesanan yang menunjukkan peningkatan penglibatan, motivasi dan kefahaman murid berbanding kaedah pembelajaran konvensional.