SHAHRUL ISKANDAR BIN ZULKARNAIN SM TEKNIK KUALA TERENGGANU
Inovasi Alarmanda CarE ialah satu inovasi kerusi keselamatan bayi yang dilengkapi dengan sistem notifikasi penggera keselamatan kenderaan pintar berasaskan teknologi IoT. Ia direka cipta khas untuk mengurangkan risiko tragedi kanak-kanak tertinggal di dalam kereta yang sering berlaku akibat kecuaian ibu bapa. Sistem ini berfungsi menggunakan pengesan PIR atau pengesan tekanan yang diletakkan di dalam kabin untuk mengesan sebarang pergerakan atau kehadiran manusia. Apabila pengesanan dibuat, Arduino NANO akan memproses data dan mengaktifkan Modul GSM untuk menghantar SMS amaran terus ke telefon pintar pemilik yang berdaftar. Kelebihan yang ada pada inovasi ini sederap dengan harapan dunia melalui SDG 3 menjamin keselamatan bayi dalam kenderaan, SDG 9 integrasi IoT dalam produk keselamatan bayi, SDG 11 menyokong pembangunan komuniti selamat dengan teknologi automotif mesra keluarga dan SDG 12 melalui reka bentuk kerusi bayi yang berinovasi dan kukuh. Harapan pada masa hadapan agar produk ini memberi impak positif secara global.