ANEES SOFIYYA LATHEEFA BINTI ABDULLAH SK BANDAR SRI DAMANSARA 3
Prototype Esdee 3 Arena merupakan inovasi murid dengan bimbingan guru yang berbentuk prototaip padang sintetik serbaguna, dibangunkan sebagai solusi kreatif terhadap kekangan fasiliti sukan di sekolah. Inovasi ini bukan sahaja menampilkan hasil karya murid, malah menjadi model visual yang mudah dipamerkan kepada pelawat bagi memperlihatkan keadaan dan kedudukan padang sebenar. Keunikan ESDEE 3 Arena terserlah apabila sekolah ini menjadi institusi pertama di daerah Petaling Utama memiliki padang sintetik, sekali gus memberi manfaat besar kepada murid, komuniti sekitar, serta pasukan daerah yang menjadikannya pusat persediaan ke peringkat negeri. Dengan potensi tinggi untuk dijadikan model rujukan dan bukti bergambar, inovasi ini berdaya maju untuk dikomersialkan serta diperluas penggunaannya ke sekolah-sekolah lain.
Keywords: Prototype, kreatif murid ,model rujukan