YS1420: EXP-ON

NUR DANISYA QASRINA BINTI ROSLI SMK DATUK ONN BUTTERWORTH

VIC26 | Young Scientist

CR: 0.0000 | 0 Likes | 4 Views | 1 times | LS: 1.0
Like it? | Support them now!

EXP-ON! terdiri daripada dua patah perkataan iaitu "EXP" dan "ON" hasil cetusan dari topik "Indeks" dalam Matematik tingkatan 3 yang menjadi rujukan dalam inovasi kami. Pemain boleh bermain antara dua pasukan, permainan inovasi ini boleh dimainkan oleh dua orang mahupun 4 orang secara berpasangan. Pemain yang gagal perlu spin the weels yang telah kami sediakan dan perlu menjawab soalan indeks mengikut nombor yang telah dilabelkan pada setiap soalan tersebut. Pemain yang memenangi setiap pusingan akan diberikan ganjaran, pemain yang dapat meraih kemenangan terbanyak akan dikira sebagai pemenang.
Dengan adanya inovasi ini, mereka mampu untuk mengingati fakta bagi soalan teori dengan lebih mudah dan cepat. mereka dapat skor dalam peperiksaan. Di samping itu, inovasi ini juga dapat meningkatkan jati diri pelajar kerana pelajar bekerjasama  antara satu sama lain. Kemenjadian murid terhasil kerana pelajar sentiasa menjana idea dari semasa ke semasa hingga dapat menghasilkan produk akhir dengan jayanya. Setiap masalah yang dihadapi dapat diatasi dengan cara perkongsian pendapat sesama ahli kumpulan dan guru. Selain itu, kami juga menyelitkan berapa fakta menarik bagi menambah ilmu baharu kepada para pemain sekaligus meningkatkan minat mereka dalam subjek matematik.