NURUL SYIFA IRDINA BINTI SURYADI SYARIFUDDIN SMK PUTRAJAYA PRESINT 16 1
Antara isu yang dihadapi oleh murid perempuan ialah isupenjagaan kesihatan diri iaitu kitaran haid. Menstrual Cycle Tracker. dihasilkan sebagai tujuan untuk mempelajari tentang pentingnya kesihatan dan kiraan kitaran haid bagi murid-murid perempuan. Melalui aplikasi yang dibangunkan ini, murid-murid akan mengetahui fasa-fasa kitaran haid dan bersedia dengan kedatangan haid bulan berikutnya melalui pengiraan kitaran haid yang telah ditetapkan iaitu selama 28 hari. Selain itu, aplikasi ini bertujuan memudahkan murid menvisualisasikan setiap proses pada fasa yang terlibat serta menghitung setiap fasamenggunakan pemikiran komputational iaitu menggunakan coding blok. Aplikasi Menstrual Cycle Tracker ini diharapkan dapat membantu proses kiraan kitaran haid bagi murid-murid perempuan bagi melengkapkan gaya hidup sihat bagi murid-murid.