YS806: Speed And Agility Training Set

Tee Zhang Yee SMK RAJA JUMAAT

VIC25 | Young Scientist

CR: 0.0000 | 0 Likes | 7 Views | 15 times | LS: 15.0
Like it? | Support them now!

Inovasi Kumpulan kami ialah Speed and Agility Training Set atau dalam Bahasa melayunya ialah set Peralatan untuk Melatihkan Kelajuan dan Kecerdasan. Inovasi ini merupakan adaptasi dari Speed and Agility Training Set yang sebenar di pasaran. Sebab-sebab memilih untuk buat produk ini ialah kosnya RM 0(Jika mempunyai semua bahan dalam rumah), mengurangkan pembuangan sisa-sisa pepejal seperti kertas atau kadboard. Bahan-bahan yang digunakan ialah kadboard tebal,cat air, gunting dan gam. Langkah-langkah untuk menciptakannya ialah mengguntingkan kadboard kepada 2 segi empat tepat panjang, 4 segi empat tepat pendek,18 segi tiga kecil dan 6 segi empat sama kecil. Mewarnakan segi-segi tersebut dengan menggunakan cat air mengikut kegemaran diri. Menggabungkan segi-segi empat tepat panjang dan segi-segi empat tepat perdek menjadi satu bentuk tangga dengan menggunakan gam. Memastikan mempunyai ruang yang cukup untuk memijak antara setiap segi empat tepat pendek. Menggabungkan segi-segi tiga kecil dan segi-segi empat sama menjadi 6 piramid yang sama saiz dengan menggunakan gam. Menyusunkan “tangga”dan piramid-piramid seperti yang ditunjukkan dalam video dan mula untuk berlatih dan bermain. Kelebihan produk ini ialah melatih kelajuan dan kecerdasan badan. Membantukan penjagaan Kesihatan. Sesuai untuk individu yang ingin menceburi bidang-bidang sukan seperti badminton dan bola keranjang.