YS668: ECOCROACH SPRAY ORGANIC

RAIHAH BINTI RAFFI SMK TUN FATIMAH HASHIM

VIC26 | Young Scientist

CR: 0.0000 | 0 Likes | 4 Views | 5 times | LS: 5.0
Like it? | Support them now!

ECOCROACH SPRAY ORGANIC

MUHAMMAD DANIEL MIKHAIL BIN ASNALISZ, ALIYA BATRISYIA BINTI AZHARRUDIN, RAIHAH BINTI RAFFI

SMK TUN FATIMAH HASHIM

 

Abstrak

Projek inovasi EcoCroach Spray merupakan penghasilan semburan penghalau lipas berasaskan bahan semula jadi iaitu daun pandan dan cuka sebagai alternatif kepada produk komersial yang mengandungi bahan kimia berbahaya. Daun pandan mengandungi sebatian aromatik seperti 2-asetil-1-pirolina yang menghasilkan bau harum tetapi tidak disukai oleh lipas, sekali gus bertindak sebagai agen penghalau semula jadi yang berkesan. Inovasi ini bertujuan menyediakan penyelesaian yang selamat, mesra alam serta mampu digunakan secara meluas dalam persekitaran kediaman dan sekolah. Produk ini dihasilkan melalui kaedah campuran bahan yang mudah diperoleh, kos efektif serta tidak memerlukan teknologi yang kompleks. Hasil penggunaan menunjukkan bahawa semburan ini mampu menghalau lipas tanpa memberi kesan sampingan kepada manusia, haiwan peliharaan dan alam sekitar. Selain itu, penggunaan bahan semula jadi ini turut membantu mengurangkan pencemaran kimia serta meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan kelestarian. Projek ini juga membuktikan kreativiti murid dalam menghasilkan penyelesaian praktikal. Secara keseluruhannya, produk ini berpotensi untuk dikomersialkan serta dikembangkan pada masa hadapan.

 

 

Kata kunci : Panda, lipas, penghalau serangga