YS1372: SCIENCE KNOWLEDGE BOARD GAME

FU JIANG MING SMK PENRISSEN

VIC26 | Young Scientist

CR: 0.0000 | 0 Likes | 5 Views | 1 times | LS: 1.0
Like it? | Support them now!

Permainan “Science  Knowledge Board Game” ialah sebuah permainan pendidikan yang direka khas untuk membantu pelajar memahami konsep Sains Tingkatan 4 dengan cara yang lebih menyeronokkan dan interaktif. Permainan ini menggabungkan elemen pembelajaran, soalan kuiz dan cabaran yang dapat meningkatkan minat pelajar terhadap mata pelajaran Sains. Permainan ini membantu murid mengembangkan kemahiran komunikasi, pemikiran kritis, penyelesaian masalah dan kerja berpasukan selaras dengan elemen Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK21). Secara keseluruhannya, “Science Knowledge Board Game” merupakan satu inovasi pendidikan yang bukan sahaja membantu meningkatkan kefahaman murid dalam subjek Sains, malah menjadikan pembelajaran lebih menarik dan efektif. Permainan ini mempunyai potensi yang tinggi untuk dikembangkan dan dipasarkan secara meluas kerana mampu memenuhi keperluan pembelajaran moden yang lebih interaktif dan menyeronokkan. Diharapkan inovasi ini dapat memberi manfaat kepada guru dan murid serta menyumbang kepada perkembangan pendidikan STEM di Malaysia.