WAN MUHAMMAD IMAN BIN WAN ISMAIL SK BINTANG
Modul Ikatan Pengakap: Bit dibangunkan bagi meningkatkan kemahiran murid dalam menguasai ikatan asas pengakap secara sistematik dan berkesan. Modul ini turut menerapkan elemen pengaturcaraan Micro:bit selaras dengan keperluan pembelajaran abad ke-21 yang menekankan kemahiran teknologi, pemikiran kritis dan penyelesaian masalah. Selain itu, penggunaan alat Virtual Reality (VR) memberikan pengalaman pembelajaran yang lebih realistik dan interaktif kepada murid dalam memahami langkah-langkah ikatan pengakap. Pendekatan multisensori yang menggabungkan visual, audio dan aktiviti hands-on juga digunakan bagi meningkatkan minat serta penglibatan murid. Secara keseluruhannya, modul ini diharapkan dapat memperkukuh kemahiran praktikal murid, meningkatkan motivasi pembelajaran, serta melahirkan murid yang kreatif, inovatif dan berkemahiran tinggi dalam bidang pengakap.