Eco-Starch Smart Bioplastic ialah bioplastik mesra alam yang dihasilkan daripada bahan berasaskan kanji serta mempunyai ciri anti-bakteria menggunakan ekstrak serai semula jadi. Projek ini bertujuan mengurangkan pencemaran plastik dengan menghasilkan alternatif biodegradasi daripada sumber yang murah dan boleh diperbaharui. Inovasi ditambah pada projek dengan ciri anti-bakteria menggunakan ekstrak tumbuhan semula jadi bagi meningkatkan keselamatan penggunaan terutama dalam pembungkusan makanan. Tepung jagung, gliserin, cuka, air dan ekstrak serai dicampurkan serta dipanaskan untuk menghasilkan helaian bioplastik yang fleksibel. Penambahan serai memberikan sifat anti-bakteria kerana mengandungi sebatian semula jadi seperti citral dan limonene. Produk ini sesuai digunakan sebagai pembungkus makanan mesra alam. Ujian biodegradasi dan pemerhatian anti-bakteria boleh dijalankan bagi menilai keberkesanan serta kelestarian inovasi ini.