NUFAH AZ ZAHRA BINTI SAIFUL BAHRI SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR PENAWAR 2
Aplikasi Catch Up School dibangunkan sebagai satu platform digital yang bertujuan untuk memudahkan ibu bapa mengakses maklumat berkaitan pengurusan persekolahan anak-anak. Aplikasi ini mengumpulkan data penting seperti jadual waktu, tarikh peperiksaan peperiksaan, pemakaian harian, serta penglibatan kokurikulum. Segala maklumat yang dihimpunkan disusun secara mesra pengguna dan boleh diakses secara masa nyata (real-time) melalui peranti mudah alih. Dengan adanya aplikasi ini, pengurusan persekolahan anak-anak akan lebih efisien dan sistematik, selain lebih mesra alam (paperless) seterusnya membolehkan ibu bapa mengambil langkah proaktif dalam menyokong pembelajaran anak-anak mereka. Kesemua maklumat dihujung jari boleh mengurangkan kadar tekanan sehari-harian seterusnya ibubapa boleh menjalani hidup yang lebih sejahtera.