YS1151: THERMO COLOR CUP

MUHAMMAD RIFQI IMAN BIN MOHD ZAKI SMK DATO' AHMAD MAHER

VIC26 | Young Scientist

CR: 0.1833 | 11 Likes | 60 Views | 3 times | LS: 16.0
Like it? | Support them now!

Kajian ini dijalankan bagi menghasilkan inovasi Thermo Color Cup (TCC) untuk membantu pelajar memahami konsep termokimia dalam subjek Sains Tingkatan 3. Inovasi ini menggunakan pelekat termokromik yang berubah warna mengikut perubahan suhu semasa tindak balas kimia berlaku. Bagi tindak balas eksotermik, suhu meningkat dan pelekat bertukar kepada warna merah atau oren. Manakala bagi tindak balas endotermik, suhu menurun dan warna bertukar kepada biru atau hijau. Kajian dijalankan menggunakan tindak balas mudah dan selamat seperti campuran cuka dan soda bikarbonat serta pelarutan kalsium klorida dalam air. Hasil kajian menunjukkan bahawa inovasi ini berjaya membantu pelajar melihat perubahan haba secara langsung dan meningkatkan kefahaman terhadap konsep termokimia. Inovasi ini murah, mudah digunakan dan sesuai dijadikan bahan bantu mengajar di sekolah.