YS2128: INTERMATH 2.0

NURIN ADLYNA HUSNA BINTI SHAHRIZAL SMA MAAHAD AL-AZIZ

VIC25 | Young Scientist

CR: 0.0000 | 0 Likes | 13 Views | 12 times | LS: 12.0
Like it? | Support them now!

Sasaran 12.5 dalam SDG 12 menyatakan bahawa menjelang 2030, penghasilan sisa dikurangkan dengan ketara melalui pencegahan, pengurangan, kitar semula dan guna semula. Kajian ini bertujuan untuk mengurangkan penghasilan sisa melalui pembangunan inovasi InterMath 2.0, alat bantu mengajar yang menggunakan kadbod terpakai, Produk inovasi InterMath 2.0 dibangunkan bagi meningkatkan kefahaman murid menambah dan menolak integer pada garis nombor. Kemahiran menambah dan menolak integer adalah salah satu kemahiran tajuk Nombor Nisbah yang terkandung dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Matematik tingkatan satu. Melalui aktiviti pembelajaran dan tugasan yang diberi dalam kelas menunjukkan murid tingkatan satu tidak dapat menambah dan menolak integer dengan baik. Selain itu, penggunaan InterMath dapat menjadikan sesi pembelajaran lebih seronok dan menarik. Projek inovasi InterMath dibangunkan berpandukan model MICUP. Model MICUP merangkumi lima fasa iaitu pengenalpastian masalah, penjanaan idea inovasi, penciptaan produk, pengujian produk dan penjenamaan produk. InterMath 2.0 mengalami penambahbaikan berbanding versi sebelumnya. InterMath 2.0 dilengkapi dengan pembantu maya atau agen AI yang membantu murid bertanya soalan berkaitan InterMath 2.0 dan latihan integer pada chatbot dan mendapatkan jawapan segera tanpa perlu menunggu guru. Impak kepada penggunaan InterMath 2.0, murid dapat membuat generalisasi tentang penambahan dan penolakan integer. Penggunaan InterMath 2.0 dilihat sesuai dengan keperluan, minat dan gaya pembelajaran murid. Inovasi ini menerapkan pembelajaran berasaskan murid di mana pendekatan ini meletakkan murid terlibat secara aktif dalam pembelajaran. Pendekatan ini juga dapat meningkatkan kefahaman dan motivasi murid untuk belajar.

.Kata kunci: Penambahan dan penolakan Integer, SDG12, Pembelajaran berasaskan murid, Tingkatan satu