AMBER MYRRHIE SIMA ANAK WILTON SMK PENRISSEN
GEN ROLL ialah permainan papan yang berkaitan dengan tajuk tingkatan 4 di bab 5 iaitu genetik .Permainan ini direka untuk membantu pelajar untuk memahami topik genetik dengan mudah dan berkesan. Permainan ini juga merupakan permainan yang menyeronokkan dan interaktif. Selain itu, ia juga mengasah pengetahuan pelajar dan pelajar juga dapat mengisi masa lapang dengan belajar sambil bermain. Tajuk Genetik sebagai subjek akademik yang terlalu teknikal, jauh dari realiti dan tidak menarik membuat pelajar kesusahan dan tidak suka belajar. Selain itu,banyak topik yang perlu difahami membuat pelajar mudah terkeliru. Akhir sekali,tiada keseronokan dalam pembelajaran membuat murid mudah merasa bosan. Diharap Gen Roll dapat membantu murid memahami topik genetik dengan lebih baik.