KHAWLATUL EL ADRA BINTI MOHD AZMIR SK KUALA KUBU BHARU
READ GLOW merupakan inovasi Smart Bookmark yang dihasilkan untuk membantu murid membaca dalam keadaan gelap atau kurang cahaya. Projek ini dibangunkan bagi mengatasi masalah kesukaran membaca pada waktu malam tanpa mengganggu orang lain. Inovasi ini menggunakan konsep sains berasaskan litar elektrik ringkas, di mana arus elektrik daripada bateri mengalir melalui wayar ke lampu LED untuk menghasilkan cahaya. Antara komponen utama yang digunakan ialah LED, suis mini, wayar dan bateri kecil. READ GLOW mudah digunakan, menjimatkan tenaga serta mesra pengguna. Inovasi ini bukan sahaja praktikal, malah mampu meningkatkan minat membaca dan kreativiti dalam kalangan murid sekolah.