YS1833: MOSXUV SOAP

MOHAMMAD HAFIY ISLAM BIN MOHAMMAD FAEZAL SM AGAMA PERSEKUTUAN BENTONG

VIC25 | Young Scientist

CR: 0.0952 | 2 Likes | 21 Views | 30 times | LS: 32.2
Like it? | Support them now!

Projek ini bertujuan untuk membangunkan sabun semula jadi menggunakan kaedah proses sejuk (cold process) yang berfungsi sebagai penghalau nyamuk dan pelindung daripada sinaran ultraungu (UV). Formulasi sabun ini menggabungkan minyak asas semula jadi seperti minyak zaitun, kelapa, dan sawit, bersama minyak neem dan minyak biji raspberi yang kaya dengan sifat antibakteria, antioksidan dan pelindung UV. Bahan aktif seperti minyak citronella dan ekstrak aloe vera ditambah bagi meningkatkan keberkesanan perlindungan kulit serta menghindar nyamuk secara semula jadi. Kaedah proses sejuk dipilih kerana ia mengekalkan manfaat bahan semula jadi serta menghasilkan sabun berkualiti tinggi. Produk akhir bebas bahan kimia berbahaya, mesra alam, dan menggunakan pembungkusan biodegradable. Ujian makmal menunjukkan keberkesanan sabun ini menangkis nyamuk sehingga 80%. Inovasi ini menyokong Matlamat Pembangunan Mampan (SDGs) melalui penghasilan produk penjagaan diri yang selamat, semula jadi dan berpotensi untuk dikomersialkan.