YS1237: AI GTR 2.0

NUR DAMIA BATRISYA BINTI ABDUL BASIR SMK TENGKU LELA SEGARA

VIC26 | Young Scientist

CR: 0.0000 | 0 Likes | 2 Views | 2 times | LS: 2.0
Like it? | Support them now!

AI GTR 2.0 ialah sebuah robot inovasi kamera WiFi pintar yang dibangunkan untuk meningkatkan tahap keselamatan dan pemantauan buatan rumah secara lebih moden, fleksibel dan responsif melalui gabungan teknologi kecerdasan (AI), sambungan WiFi dan sistem robotik. Projek ini diwujudkan bagi mengatasi masalah sistem keselamatan konvensional seperti CCTV statik yang hanya merakam tanpa keupayaan mewujudkan pergerakan serta terhad kepada pemasangan yang tinggi. AI GTR 2.0 dilengkapi dengan Mod Strim Imej, Mod Penjejakan Talian, Mod Elak Objek dan Mod Ikut Objek yang membolehkan robot melakukan rondaan automatik, menghalang halangan, mengekori objek tertentu serta menghantar video secara langsung kepada pengguna secara nyata. Impaknya, projek ini bukan sahaja meningkatkan keberkesanan keselamatan rumah dan pemantauan jarak jauh, malah memberi pendedahan kepada penggunaan teknologi AI dan IoT dalam kehidupan seharian. Selain berpotensi untuk dikomersialkan sebagai produk keselamatan pintar mampu milik bagi rumah, sekolah dan premis perniagaan, AI GTR 2.0 juga boleh ditambah baik dengan ciri lanjutan seperti pengecaman wajah dan kawalan aplikasi mudah alih pada masa hadapan, seterusnya membuktikan keupayaan inovasi ini selari dengan tema “Unlocking Tomorrow – Hack the Impossible”.