MUHAMMAD FARHAN DANIAL BIN MD FAHIZUL SMK SERI BAYU
SEBAYU AQUA FILTER (SAF) merupakan projek penapisan air yang dibangunkan berasaskan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) 6: Air Bersih dan Sanitasi. Projek ini menggunakan bahan kitar semula dan mudah diperoleh seperti botol plastik, arang, batu kerikil, pasir dan kapas untuk menghasilkan sistem penapisan air yang ringkas, murah dan mesra alam. Tujuan projek ini adalah untuk menyingkirkan kekotoran, mendapan dan zarah terampai dalam air serta meningkatkan kesedaran tentang kepentingan pengurusan sumber air yang lestari. Air yang ditapis akan melalui beberapa lapisan penapis yang berfungsi memerangkap bendasing secara berperingkat. Hasil projek menunjukkan bahawa kualiti air menjadi lebih jernih selepas proses penapisan. Projek ini berpotensi digunakan sebagai bahan pendidikan STEM dan amalan kelestarian alam sekitar di sekolah serta komuniti setempat.