JS1938: RECYCLE VACCUM CLEANER

KARTHIGEYAN A/L SURES SJKT METHODIST KAPAR

Inovasi vacuum cleaner kitar semula merupakan satu projek yang dihasilkan dengan menggunakan bahan-bahan terpakai bagi mengurangkan pencemaran alam sekitar dan kos penghasilan produk. Projek ini bertujuan menghasilkan sebuah vacuum cleaner yang berfungsi untuk menyedut habuk dan kotoran ringan dengan menggunakan komponen yang boleh digunakan semula seperti botol plastik, motor kecil, kipas, wayar dan bekas terpakai. Selain membantu membersihkan kawasan persekitaran, inovasi ini juga meningkatkan kesedaran tentang kepentingan amalan kitar semula dalam kalangan masyarakat. Hasil projek menunjukkan bahawa vacuum cleaner yang dihasilkan mampu berfungsi dengan baik untuk tujuan pembersihan asas serta menyumbang kepada pemeliharaan alam sekitar. Projek ini membuktikan bahawa bahan kitar semula boleh diubah suai menjadi produk yang berguna dan bernilai.