YS967: BanPeel Bites ( Banana Peel Bites )

Tengku Mastura Binti Tengku Mokhtar SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SULTAN MANSOR

VIC26 | Young Scientist

CR: 0.0000 | 0 Likes | 3 Views | 1 times | LS: 1.0
Like it? | Support them now!

BanPeel Bites (Banana Peel Bites)

 

 

Tengku Mastura binti Tengku Mokhtar

Wan Nurul Izza binti Wan Mokhtar 

Nur Nabila Zahra binti Mohd Riza

Rifa Nurfara binti Refnaldi

Ayuni Basheerah binti Azmi

Muhammad Izzudin Abdul Salam bin Mohd Adam

Ahmad Uzair bin Ahmad Fazal

 

1 SMK SULTAN MANSOR

 

tengkumas2ra@gmail.com

 

 

ABSTRAK

 

Kajian ini dijalankan untuk membangunkan produk inovasi BanPeel Bites  yang dapat memberikan manfaat dalam PdPC pelajar PVMA Penyediaan dan Pembuatan Makanan. BanPeel Bites merupakan satu produk hidangan pencuci mulut yang diinovasikan daripada biskut yang terdapat di pasaran. Produk ini merupakan inovasi dalam penghasilan biskut (cookies) yang menggunakan kulit pisang sebagai salah satu bahan utama dan sesuai dijadikan sebagai Hidangan Pencuci Mulut yang telah diajar dalam CU08 Dessert Production terdapat dalam NOSS HT-012-2:2012 Penyediaan dan Pembuatan Makanan.Penggunaan kulit pisang ini bukan sahaja membantu mengurangkan pembaziran makanan (food waste), malah meningkatkan nilai nutrisi produk kerana kulit pisang mengandungi serat, vitamin dan mineral yang baik untuk kesihatan. Produk ini sesuai dijadikan alternatif snek sihat kepada pengguna, khususnya pelajar dan masyarakat yang mementingkan pemakanan seimbang.Sampel kajian terdiri daripada 30 orang guru dan pelajar di SMK Sultan Mansor, Kuala Terengganu. Terengganu. Pengkaji menggunakan soal selidik secara maya (Google Form) dan pengagihan sampel sebagai instrument kajian. Hasil dapatan kajian menunjukkan purata peratusan setuju berada pada tahap tinggi dalam menjawab persoalan tentang tahap pengetahuan guru dan pelajar mengenai pisang (95%), tahap penerimaan warga SMK Sultan Mansor terhadap penggunaan kulit pisang dan oat dalam pembuatan  BanPeel Bites  (90%). Secara keseluruhan warga SMK Sultan Mansor dapat menerima yang BanPeel Bites   merupakan hidangan  yang kekal rangup dan enak, serta boleh dipelbagaikan dengan perisa seperti coklat cip, vanila atau kacang.

 

Keywords: BanFeel Bites