SS902: QuickCert : Sistem Pendaftaran & Penjanaan Sijil Penyertaan Automatik Menggunakan Google Form Dan AutoCrat

NORFFADHILLAH ROFA UNIVERSITI TUN ABDUL RAZAK - UNIRAZAK

QuickCert merupakan satu sistem inovatif yang menggabungkan Google Form dan AutoCrat bagi mengautomasikan proses pendaftaran peserta dan penjanaan sijil penyertaan latihan. Latar belakang produk ini adalah untuk mengatasi masalah pengurusan pendaftaran secara manual yang memakan masa, risiko kesilapan entri data, serta proses penyediaan sijil yang leceh dan tidak efisien. Tiga masalah utama dikenal pasti iaitu masa penyediaan sijil yang panjang, kesilapan ejaan nama peserta, dan beban kerja pentadbir yang tinggi. Objektif produk ini adalah untuk mengurangkan masa pemprosesan sijil sehingga 80%, menghapuskan kesilapan manual, serta menyediakan sistem mesra pengguna untuk pihak penganjur latihan. Keunikan QuickCert terletak pada penggunaan Google Form untuk pengumpulan data peserta secara berstruktur, diikuti oleh AutoCrat yang secara automatik menarik data tersebut ke dalam templat sijil (Google Docs atau Slides) dan menghasilkan sijil dalam format PDF. Sistem ini juga membolehkan sijil dihantar terus ke e-mel peserta secara individu. Produk ini sesuai digunakan oleh pihak kolej, pusat latihan, jabatan kerajaan, dan organisasi swasta yang kerap menganjurkan program latihan.