YS1113: Next-Gen Motor Control

DINESH A/L PALANI SMK TUN TIJAH

VIC25 | Young Scientist

CR: 0.0000 | 0 Likes | 5 Views | 12 times | LS: 12.0
Like it? | Support them now!

Next-Gen Motor Control merupakan compact motor control circuit (CMCC) iaitu simulasi asas pendawaian litar kawalan motor satu fasa yang menggunakan voltan yang rendah bagi mata pelajaran Pemasangan & Penyelenggaraan Elektrik 1 Fasa. CMCC amat mirip dengan litar kawalan motor 1 fasa yang sebenar dan  direka khas seolah-olah pelajar dapat membawa balik papan pendawaian kawalan motor di bengkel ke rumah untuk membuat ulangkaji.  Simulasi pada CMCC menjadikannya sebagai kit pemudah cara kepada guru dan pelajar dan juga cara pembelajaran baharu yang lebih kondusif kepada pelajar bersubjek kemahiran untuk meningkatkan penguasaan dan kefahaman tanpa sebarang tekanan dalam mempraktikkan amali untuk membuat litar kawalan motor satu fasa secara mara (forward), songsang (reverse) dan mara songsang (forward reverse). CMCC merupakan teknik cara penyampaian baharu yang bukan hanya digunakan semasa pengajaran dan pembelajaran di sekolah, malah boleh dijadikan sebagai kit papan litar kawalan motor yang boleh dibawa balik dan murid boleh mempraktikkan amali sendiri ketika pengajaran dan pembelajaran di rumah atau di bawa pulang ke rumah bagi pelajar yang cuti sakit supaya tidak ketinggalan. CMCC disertakan dengan litar skematik digital yang boleh digunakan untuk pelajar membuat penyambungan secara online sebelum membuat pemasangan dengan CMCC. Rekaan CMCC yang sangat compact, ringan dan mudah dipasang (plug and play) mengikut kesesuaian persekitaran dan tempat, tidak membebankan dan lebih bernilai komersial. CMCC diubahsuai supaya lebih mudah dan mesra pengguna menggunakan battery power bank ataupun soket elektrik untuk menghidupkannya. CMCC juga selamat digunakan tanpa pengawasan guru atau ibu bapa kerana boleh menggunakan battery power bank dan hanya memerlukan kadaran arus yang rendah untuk beroperasi. CMCC boleh diaplikasikan untuk simulasi litar kawalan 3 fasa dan diguna sebagai refresher training kepada pelatih di ILP, IKM, Giat Mara dan juga pekerja di bidang industri seperti pendawai, penjaga jentera dan sebagainya.

Kata kunci: CMCC; motor; kawalan; pembelajaran norma baharu; digital