ALYAA NOURELLE KOLEJ VOKASIONAL BEAUFORT
“3D Haji & Umrah Journey: Guess The Step” merupakan cetusan inovasi digital yang menggabungkan elemen pendidikan, teknologi dan kreativiti demi merevolusikan cara umat Islam terutamanya generasi muda untuk memahami rukun Islam kelima, iaitu ibadah Haji. Produk ini dibangunkan dengan pendekatan interaktif berasaskan permainan pendidikan, produk ini menampilkan integrasi 3D Pop-Up Pyramid, Jigsaw Puzzle, dan Mix and Match yang diolah daripada bahan kitar semula, menjadikannya bukan sahaja lestari tetapi juga mendidik secara menyeronokkan. Berinspirasikan konsep “Serene Seekers” atau Pencari Ketenangan, inovasi ini mampu merangsang kemahiran kognitif, visual dan motorik pelajar, sekaligus menjadikan proses pembelajaran lebih bermakna dan holistik. Ia direka bentuk untuk menjadi alat bantu mengajar berimpak tinggi bagi guru, dan medium pencerahan ilmu untuk masyarakat umum, termasuk bukan Islam, yang ingin memahami intipati ibadah ini. “Guess the Step” di mana pengguna diuji untuk mengenal pasti urutan langkah-langkah Haji dan Umrah secara menyeronokkan. Inovasi ini selaras dengan aspirasi pendidikan digital negara, sekaligus menjadi pemangkin kepada transformasi pedagogi Islamik di era 4IR. Produk ini bukan sekadar alat bantu mengajar, tetapi satu pengalaman pembelajaran abad ke-21 yang imersif, lestari dan penuh nilai spiritual. Elemen digital yang dibawa bukan sahaja menjadikan pembelajaran lebih imersif dan mudah diakses di mana-mana, malah turut menyokong Pelan Pembangunan Pendidikan Digital negara. Meskipun direka dengan mengambil kira keperluan pelajar sekolah rendah dan menengah, produk ini bersifat mesra semua peringkat umur termasuk golongan dewasa, guru, ibu bapa serta masyarakat umum yang ingin mengenali atau memperdalam ilmu tentang ibadah ini.