NURUL FARESHA BINTI ABD RAHMAN SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SANDAKAN
Inovasi TRACK-iT ini dijalankan bagi menangani isu ketidakcekapan dalam pengurusan rekod Pentaksiran Bilik Darjah (PBD), Rancangan Pengajaran Harian (RPH) dan kehadiran murid yang dilakukan secara berasingan. Keadaan ini membebankan guru dari segi masa dan tenaga serta menjejaskan pemantauan perkembangan murid secara holistik. Inovasi digital TRACK-iT telah dibangunkan sebagai satu platform bersepadu menggunakan Google Sheets, Google Docs dan Google Drive yang membolehkan guru merekod dan mengakses data secara sistematik, mudah dan pantas. Kajian ini melibatkan empat orang guru Reka Bentuk dan Teknologi serta satu orang guru lain sebagai pengguna awal. Data diperoleh melalui pemerhatian, soal selidik dan analisis penggunaan. Hasil kajian menunjukkan peningkatan kecekapan dalam pengurusan rekod, pengurangan masa kerja rutin serta peningkatan kepuasan guru terhadap penggunaan teknologi. Implikasi kajian ini menunjukkan bahawa TRACK-iT berpotensi diperluaskan kepada semua guru sebagai amalan terbaik dalam pengurusan pentaksiran bilik darjah secara digital dan cekap.
Kata kunci: pemantauan, bersepadu, teknologi