AARON THADDEUS ANAK ADRIANO D'STEFANO SMK PENRISSEN
Permainan “Green Energy Dice” merupakan inovasi pendidikan berasaskan permainan yang dibangunkan untuk membantu murid memahami topik Teknologi Hijau dalam silibus Sains KSSM Tingkatan 4. Permainan ini menggunakan dadu dan dadu soalan bagi mewujudkan suasana pembelajaran yang interaktif, menyeronokkan dan berpusatkan murid. Melalui aktiviti permainan, murid dapat meningkatkan kefahaman tentang konsep tenaga hijau, kepentingan teknologi hijau serta amalan kelestarian alam sekitar. Selain itu, permainan ini turut menggalakkan kemahiran komunikasi, pemikiran kritis dan kerja berpasukan. “Green Energy Dice” sesuai digunakan sebagai bahan bantu mengajar untuk meningkatkan minat dan penglibatan aktif murid dalam pembelajaran Sains.