MUHAMMAD RAYHAN HADIF BIN MOHD NORHAFIFI SEKOLAH MENENGAH SRI AL AMIN BANGI
Projek ini bertujuan menghasilkan alat penyejuk udara yang mudah, jimat kos,
dan mesra alam menggunakan bahan terpakai seperti kipas mini, bekas plastik,
dan ais. Udara sejuk dihasilkan melalui proses penyejatan ais dan disebarkan
oleh kipas untuk menyejukkan ruang sekitar. Alat ini sesuai digunakan di ruang
kecil seperti bilik tidur dan ruang belajar. Selain menjimatkan tenaga
berbanding penghawa dingin, projek ini menggalakkan kreativiti, penggunaan
semula bahan buangan, dan kesedaran tentang penjimatan tenaga. Ia juga
mudah dibuat sendiri tanpa memerlukan kemahiran teknikal tinggi, sesuai
untuk pelajar yang ingin belajar tentang konsep penyejukan, penjimatan
tenaga, dan kitar semula.Draf projek stem