TEOH JIA WEI SMJK HUA LIAN
Inovasi ini bertujuan untuk menghasilkan "Algebra Colour Board" (ACB) sebagai alat inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran algebra bagi pelajar sekolah menengah yang lemah dalam menjalankan operasi tambah dan tolak terhadap sebutan algebra. ACB ialah papan berwarna interaktif yang direka bentuk untuk memudahkan pemahaman konsep algebra melalui visualisasi warna dan manipulasi fizikal. Inovasi ini melibatkan 2 pelajar tingkatan 5. Beberapa pelajar dijadikan sampel kajian dan dibahagikan kepada kumpulan eksperimen dan kawalan. Kumpulan eksperimen menggunakan ACB, manakala kumpulan kawalan dengan kaedah tradisional. Data dikumpul melalui temu bual dengan pelajar dan guru. Hasil kajian menunjukkan peningkatan signifikan dalam pencapaian algebra kumpulan eksperimen berbanding kumpulan kawalan. Selain itu, pelajar melaporkan minat dan motivasi yang lebih tinggi terhadap algebra apabila menggunakan ACB. Guru juga menyatakan bahawa ACB memudahkan penyampaian konsep abstrak algebra. Kajian ini mencadangkan bahawa penggunaan alat inovasi seperti ACB boleh menjadi pendekatan efektif dalam meningkatkan penguasaan algebra di kalangan pelajar.