Syaurah Qayra Binti Mohd Azwan Sekolah Rendah Islam As-Sa'idiyyah
SMARTCHILI 3-in-1 ialah satu inovasi yang direka untuk memudahkan proses menyediakan cili kisar dengan lebih cepat dan mudah. Idea ini tercetus kerana proses menyediakan cili kisar biasanya mengambil masa yang agak lama kerana pengguna perlu merebus cili kering, membuang biji cili dan mengisar cili secara berasingan. Selain itu, penggunaan dapur untuk merebus cili juga boleh menyebabkan kerja menjadi lebih rumit dan kurang selamat.
Oleh itu, SMARTCHILI 3-in-1 dibangunkan dengan menggabungkan tiga fungsi dalam satu mesin, iaitu mengasingkan biji cili,merebus dan mengisar cili secara automatik. Dengan adanya mesin ini, pengguna tidak lagi perlu melakukan setiap proses secara berasingan kerana semuanya boleh dilakukan dengan lebih mudah dan menjimatkan masa.
Inovasi ini diharapkan dapat membantu pengguna di rumah serta peniaga kecil untuk menyediakan cili kisar dengan lebih cepat, mudah dan teratur. Selain itu, penggunaan mesin ini juga dapat membantu mengurangkan kerja manual dalam penyediaan bahan masakan harian.