PUTERI BALQIS BINTI AB WAHAB Sekolah Menengah Sains Pasir Puteh
Irama Bahasa ialah inisiatif berasaskan muzik untuk membantu murid sekolah menengah menguasai tatabahasa Bahasa Melayu dengan cara yang menarik dan menyeronokkan. Lagu ini menggabungkan elemen muzik moden dan lirik yang memuatkan aspek tatabahasa penting seperti kata nama, kerja, adjektif, tugas, binaan ayat, imbuhan dan sebagainya. Pendekatan audio-musikal menyokong pelbagai gaya pembelajaran serta meningkatkan minat dan pemahaman murid. Irama Bahasa berpotensi sebagai strategi pengajaran yang kreatif dan relevan dengan pendidikan abad ke-21, membantu pelajar menggunakan tatabahasa secara betul dalam penulisan serta pertuturan harian.