NUR HAFIZATI BINTI MOHTAR KOLEJ POLY-TECH MARA ALOR SETAR
ePelawat ialah sistem pendaftaran pelawat digital berasaskan web yang direka untuk menggantikan kaedah manual di Kolej Poly-Tech MARA Alor Setar. Sistem ini mempercepatkan proses pendaftaran masuk dan keluar pelawat serta menyimpan data secara selamat dalam pangkalan data digital. Melalui antaramuka mesra pengguna, pengawal keselamatan dapat merekod kehadiran pelawat dengan lebih tepat dan efisien. Sistem juga menjana laporan interaktif bagi memudahkan pemantauan keselamatan dan analisis data. Teknologi digunakan merangkumi PHP, MySQL, JavaScript dan Tailwind CSS, dengan ciri keselamatan seperti enkripsi kata laluan, kawalan akses berasaskan peranan dan log aktiviti pengguna bagi tujuan keselamatan dan pengauditan.