AMMAR IRHAM BIN MOHAMAD AMIRUL SEKOLAH KEBANGSAAN JITRA
Projek Kid DIY Neem & Herbs Soap + Toy merupakan satu inovasi pendidikan STEM yang menggabungkan aspek sains, teknologi, dan kreativiti dalam aktiviti pembuatan sabun. Kit ini direka khas untuk murid sekolah rendah dengan tujuan memberi pengalaman praktikal menghasilkan sabun menggunakan bahan semula jadi seperti daun neem dan herba tempatan. Menariknya, inovasi ini turut diterapkan dengan elemen teknologi IR4.0 seperti kecerdasan buatan (AI) untuk mencadangkan resipi sabun mengikut jenis kulit, serta AR (Augmented Reality), yang membolehkan daun semambu, moringa dan bahan lain dalam bentuk 3D, seolah-olah benda tu betul-betul ada depan mata. Melalui projek ini, murid bukan sahaja dapat memahami konsep asas kimia dan teknologi, tetapi juga memupuk minat terhadap sains serta kesedaran tentang penjagaan kebersihan diri. Inovasi ini diyakini dapat meningkatkan keupayaan murid dalam meneroka bidang STEM dengan cara yang lebih interaktif dan menyeronokkan. Program kursus E-Learning untuk belajar sejarah sabun, khasiat herba, dan seterusnya mendapat sijil mini bila habis kursus.
Isu dan Masalah:
Kanak-kanak biasanya kurang berminat untuk mencuci tangan atau mandi dengan betul, terutamanya jika sabun yang digunakan tidak menarik perhatian mereka. Ini boleh menjejaskan tahap kebersihan dan kesihatan harian. Selain itu, sabun komersial biasa mungkin mengandungi bahan kimia yang kurang sesuai untuk kulit sensitif kanak-kanak.
Objektif:
Meningkatkan minat kanak-kanak untuk mencuci tangan dan mandi.
Memperkenalkan sabun berasaskan bahan semula jadi seperti daun neem (daun semambu), herba tempatan seperti daun moringga.
Memberi insentif melalui hadiah mainan kecil di dalam sabun, agar kanak-kanak lebih teruja menggunakan sabun sehingga habis.
Inovasi & Keistimewaan Produk:
Bahan Semula Jadi: Mengandungi ekstrak herba-herba seperti daun neem, daun moringa, dan aloe vera yang membantu menjaga kulit kanak-kanak daripada masalah ruam atau alahan.
Konsep Ganjaran: Setiap sabun mengandungi mainan kecil yang selamat, memberi motivasi kepada kanak-kanak untuk terus menggunakan sabun sehingga habis.
Mesra Alam: Pembungkusan sabun menggunakan bahan biodegradasi untuk memelihara alam sekitar.
Pembelajaran Sensorial: Kanak-kanak belajar melalui sentuhan, bau, dan pengalaman visual yang menyeronokkan.
Kaedah Pelaksanaan:
Demonstrasi penggunaan sabun di tadika atau sekolah rendah.
Aktiviti bercerita tentang kebaikan daun herba dan kebersihan diri.
Bengkel mini membuat sabun DIY agar murid lebih memahami proses dan manfaat bahan-bahan semula jadi.
Impak:
Kanak-kanak lebih bersemangat menjaga kebersihan.
Kesedaran tentang penggunaan produk mesra alam dan semula jadi meningkat.
Menggalakkan budaya pembelajaran berasaskan amali dan keseronokan.
Rumusan:
Dengan inovasi Kid Neems & Herbs Soap + Toy, kami yakin ia bukan sahaja membantu meningkatkan tahap kebersihan kanak-kanak tetapi juga memupuk kesedaran awal tentang pentingnya produk semula jadi dan penjagaan alam sekitarType Your Abstract Here!