JS1168: CINNAPINE BIO SPRAY

SERI ZIKRI BIN SERI HATI SK TEDONG, MELAKA

VIC26 | Junior Scientist

CR: 0.0000 | 0 Likes | 3 Views | 1 times | LS: 1.0
Like it? | Support them now!

CINNAPINE BIO SPRAY : MENINGKATKAN AMALAN PENGENDALIAN RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN (RMT) YANG SELAMAT DI SK TEDONG, MELAKA

CinnaPine Bio Spray merupakan inovasi semburan pembersih meja makan berasaskan bahan semula jadi yang dihasilkan daripada kulit nanas dan kulit kayu manis. Produk ini dibangunkan bagi menyokong amalan kebersihan dan keselamatan makanan dalam kalangan pengendali sajian Rancangan Makanan Tambahan (RMT) di SK Tedong, Melaka. Bertemakan “From Leftovers to Cleanovers”, inovasi ini memanfaatkan sisa buangan dapur sebagai bahan utama bagi menghasilkan produk pembersih yang lebih selamat, mesra alam dan berkos rendah. Kulit nanas mengandungi enzim bromelain yang membantu menanggalkan kotoran serta sisa minyak, manakala kulit kayu manis mempunyai sifat antibakteria dan aroma semula jadi yang menyegarkan serta membantu mengurangkan kehadiran lalat di kawasan makan. Proses penghasilan produk melibatkan kaedah pemeraman kulit nanas dan kulit kayu manis bersama cuka makanan dan air bertapis selama tiga hingga lima hari sebelum dimasukkan ke dalam botol semburan untuk digunakan. Hasil soal selidik terhadap pengguna menunjukkan tahap penerimaan yang sangat positif apabila majoriti responden bersetuju bahawa CinnaPine Bio Spray berkesan untuk membersih, mempunyai bau yang menyenangkan, selamat digunakan serta berpotensi untuk digunakan dan dicadangkan kepada orang lain. Dari aspek potensi komersial, produk ini sesuai dipasarkan kepada pengusaha premis makanan, suri rumah, penduduk setempat dan institusi pendidikan sebagai alternatif kepada semburan pembersih berasaskan bahan kimia industri. Inovasi ini berpotensi diketengahkan sebagai produk pembersih semula jadi yang praktikal, ekonomik dan lestari sejajar dengan amalan teknologi hijau dan kitar semula bahan buangan dapur. Produk ini telah didaftarkan hak cipta dengan nombor pemberitahuan CRLY2026E02992.