YS2004: FOURCOOL

NURSOLEHAH BINTI ISMAIL SM TEKNIK KUALA TERENGGANU

Produk inovasi FourCool merupakan alat penyejuk minuman yang direka khas untuk memudahkan seseorang mendapatkan air yang sejuk dengan mudah dan cepat. Produk ini dilengkapi dengan peltier untuk menyejukkan bekas minuman bagi menghasilkan air yang sejuk. Bekalan kuasa berada di bawah peltier untuk menukarkan arus elektrik arus ulang alik kepada elektrik arus terus. Selain itu, produk ini juga dilengkapi dengan set sinki haba yang terletak di atas dan di bawah peltier bagi membantu proses penyejukan itu lebih efektif. Bekas minuman direka khas dengan menggunakan kepingan aluminium dan penebat haba. Produk ini menggunakan sumber kuasa 12V. Kelebihan produk inovasi ini dapat memudahkan pengguna mendapatkan air yang sejuk dengan cepat terutama apabila pengguna berada di luar rumah atau ketiadaan peti ais. Produk ini juga merupakan pilihan terbaik kepada pelajar universiti dan pekerja terutama yang tinggal di asrama kerana ketiadaan peti ais dan tidak perlu keluar membeli ais sekaligus menjimatkan masa dan tenaga serta wang.