YS1285: BAHULU KULIT PISANG

NURIN ROZIATUL AZLIN BINTI MOHD ROZELAM KOLEJ VOKASIONAL SUNGAI PETANI 2

VIC25 | Young Scientist

CR: 0.0000 | 0 Likes | 6 Views | 14 times | LS: 14.0
Like it? | Support them now!

Penghasilan kuih bahulu kulit pisang adalah untuk mengoptimumkan penggunaan kulit pisang untuk dijadikan kuih bahulu kulit pisang yang setanding dengan kuih bahulu yang terdapat di pasaran dalam pembuatan produk makanan komersial. Tujuan kajian ini dilakukan adalaah untuk mengenalpasti kesesuaian produk berasaskan kulit pisang yang terhad di pasaran kerana kulit pisang sering dianggap sebagai bahan terbuang sedangkan kulit pisang mempunyai pelbagai manfaat untuk tubuh badan manusia. Bagi memastikan kesesuaian penggunaan kulit pisang di dalam kuih bahulu, kuih bahulu kulit pisang akan dibangunkan dan duji di dalam subjek Projek Tahun Akhir ini. Kajian ini telah dilakukan di Kolej Vokasional Sungai Petani 2. Jumlah sampel kajian adalah seramai 30 orang responden yang terdiri daripada pensyarah, pelajar Diploma Vokasional Malaysia, Sijil Vokasional Malaysia dan pekerja kebersihan. Pengumpulan data dibuat dengan menggunakan set soal selidik.