YS1146: EA BOARD GAME

ZULFAQAR ZAINUDIN SMK PENRISSEN

VIC25 | Young Scientist

CR: 0.0000 | 0 Likes | 9 Views | 46 times | LS: 46.0
Like it? | Support them now!

EA BOARD GAME

ZULFAQAR ZAINUDIN

AMBER MINDUN ALTERN

STACY ESTON ANAK KEMTON

TIFFANY PET HUI WEN

 

GURU PEMBIMBING: CIKGU NURNADIA IZZATIE BINTI ALIAS



“EA Board Game” ialah singkatan bagi Emergency Assistance Board merupakan satu permainan pembelajaran dalam subjek Sains yang dikhususkan bagi tajuk Bantuan Kecemasan. Permainan ini direka untuk meningkatkan pemahaman pelajar Tingkatan 4 tentang prosedur dan konsep asas dalam memberikan pertolongan cemas. Melalui pendekatan pembelajaran berasaskan permainan, pelajar akan diperkenalkan kepada situasi kecemasan yang mungkin berlaku dalam kehidupan sebenar, serta langkah-langkah yang perlu diambil untuk menangani situasi tersebut dengan berkesan. Permainan ini menggabungkan elemen pengetahuan sains dengan kemahiran praktikal, di mana pelajar akan dihadapkan dengan pelbagai bantuan kecemasan seperti panahan petir, lemas, tercekik, dan kejutan. Setiap langkah dalam permainan memerlukan pemain untuk membuat keputusan yang tepat berdasarkan menjawab soalan pertolongan cemas yang telah dipelajari. Objektif utama permainan ini adalah untuk memastikan pelajar bukan sahaja memahami teori di sebalik bantuan kecemasan tetapi juga dapat mengaplikasikan pengetahuan tersebut dalam situasi yang menuntut tindakan segera. Aktiviti ini juga dirancang untuk membina keyakinan diri dalam kalangan pelajar untuk bertindak sebagai pemberi pertolongan cemas yang berkesan selain bermain permainan papan yang menyeronokkan. Pada akhir permainan, pelajar dijangka lebih berkeyakinan dan bersedia untuk memberikan bantuan kecemasan dalam situasi sebenar.