JS784: ECO-HAIR GREEN COMPOSITE STEP STONE

MUHAMMAD HADIF HAKIMI BIN ASAR ZAIM SK RKT LASAH

VIC26 | Junior Scientist

CR: 0.0000 | 0 Likes | 4 Views | 2 times | LS: 2.0
Like it? | Support them now!

Eco-Hair Green Composite Step Stone ialah inovasi bahan binaan lestari yang memanfaatkan sisa rambut dan abu sekam padi bagi menangani isu lambakan sisa pepejal serta sisa pertanian yang semakin meningkat. Sisa rambut daripada salun dan kediaman sering menyebabkan saliran tersumbat dan pencemaran, manakala abu sekam padi berpotensi mencemarkan alam sekitar jika tidak diurus secara sistematik. Inovasi ini bertujuan mengintegrasikan rambut sebagai gentian penguat dan abu sekam padi sebagai bahan pozzolan separa pengganti simen untuk menghasilkan batu pemijak yang lebih kukuh, tahan retakan dan rendah karbon. Proses pembangunan melibatkan pembersihan, pengeringan dan pencampuran bahan pada nisbah optimum sebelum melalui proses pengacuan dan pengerasan terkawal. Keputusan ujian menunjukkan peningkatan kekuatan struktur dan ketahanan retakan mikro berbanding campuran konvensional. Produk ini berpotensi dikomersialkan sebagai alternatif landskap mampan, kos efektif dan menyokong agenda pembangunan hijau serta ekonomi kitaran negara.

 

Kata Kunci: pencemaran, penguat, Lestari, pozzolan