I'zz Nawwarah Binti Mohd Naziru Sekolah Agama Menengah Bandar Baru Salak Tinggi
Smelluxe Drive adalah inovasi mesra alam yang bertujuan menghalau serangga perosak yang terdapat di dalam kereta seperti lipas dan semut serta menaikkan aroma bau wangi didalam kereta. Produk ini adalah produk alternatif yang diperbuat daripada arang buluh (activated bamboo charcoal), daun pandan (Pandanus Amaryllifolius), bunga cengkih (Syzygium Aromaticum), kulit kayu manis (Cinnamomum Zeylanicum) dan serai wangi (Citronella).
Smellduluxe Drive merupakan satu inisiatif inovatif yang bertujuan untuk menghasilkan penyegar udara automotif yang bukan sahaja memberikan aroma yang menyenangkan, tetapi juga menonjolkan ciri-ciri eksklusif, mesra alam dan tahan lama serta memberi manfaat luar biasa kepada pengguna. Projek ini diasaskan berasaskan keperluan pengguna terhadap produk penyegar udara yang unik dan berkualiti tinggi untuk kegunaan dalam kenderaan mereka disamping ianya berkesan untuk menghalau serangga perosak seperti semut dan lipas.
Dengan inovasi keberkesanan dua dalam satu, produk ini mensasarkan pengguna yang ingin menjaga kebersihan kereta mereka daripada gangguan serangga perosak. Selain itu, projek ini juga menyasarkan untuk mengurangkan kesan alam sekitar dengan menggunakan bahan bahan semulajadi yang kosnya murah dan tidak membahayakan kesihatan.
Inovasi ini diharapkan dapat menjadi penyelesaian efektif kepada masyarakat kita yang rata ratanya ingin menikmati menyegar udara yang menjimatkan kos kerana formulasinya 2 dalam 1 dimana dapat menikmati keharuman bahan semulajadi disamping keberkesanannya untuk menghalau serangga yang tidak menggandungi bahan kimia dan tidak membahayakan kesihatan.