YS567: EcoCharge PowerHub

AMNI HUMAIRA BINTI AHMAD FAUZAN ADLI SMK PUTRAJAYA PRESINT 11(2)

VIC26 | Young Scientist

CR: 0.1333 | 2 Likes | 15 Views | 1 times | LS: 3.3
Like it? | Support them now!

EcoCharge PowerHub ialah peranti mudah alih berasaskan tenaga solar yang dibangunkan bagi menyokong usaha kelestarian alam sekitar dan mengurangkan kebergantungan kepada sumber tenaga tidak boleh baharu. Produk ini bertujuan mengatasi masalah kekurangan bekalan elektrik semasa aktiviti luar, penggunaan penjana bahan api yang mencemarkan, jangka hayat bateri kering yang singkat serta kurangnya pendedahan tentang tenaga boleh baharu. Kajian ini menggunakan kaedah kajian literatur, soal selidik, perbincangan kumpulan dan kolaborasi akademik. Dilengkapi panel solar, port USB serta bahan pendidikan interaktif, EcoCharge PowerHub menyokong SDG7 dan meningkatkan kefahaman pelajar terhadap tenaga solar secara praktikal.