ALISHA ADRIANA BINTI IBRAHIM INZUDDIN SMK DATO' AHMAD MAHER
Kajian ini dijalankan untuk menghasilkan inovasi Moringa Pure Drop (MPD), iaitu penapis air semula jadi menggunakan biji buah moringa. Biji moringa mengandungi protein semula jadi yang bertindak sebagai agen penggumpal untuk menarik dan mendapkan zarah kotoran dalam air keruh. Kajian dijalankan dengan mengisar biji moringa menjadi serbuk halus sebelum dicampurkan ke dalam sampel air keruh. Air dikacau dan dibiarkan selama beberapa minit untuk proses mendapan berlaku. Hasil kajian menunjukkan bahawa air menjadi lebih jernih selepas penggunaan serbuk moringa. Inovasi ini mudah diuji, murah, mesra alam dan sesuai digunakan sebagai bahan bantu mengajar dalam subjek sains. Selain itu, inovasi ini berpotensi membantu meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kepentingan air bersih dan penggunaan sumber semula jadi secara lestari