Ardini Nazifa Binti Jafridin SMK SULTAN MANSOR
KARIPAP MIDEEN
Noor Ain binti Salleh 1
Meriam binti Ibrahim2
Ardini Nazifa binti Jafridin3
Norma Amna Dalili binti Manan4
Nur Ain Faqihah binti Ahmad Khalil5
Nur Qisya Arissa binti Mohd Kamal6
Muhammad Afiq Ilham bin Mohd Maliki7
1 SMK SULTAN MANSOR
noorainsalleh9@gmail.com
ABSTRAK
Kajian ini dijalankan bagi membangunkan produk inovasi Karipap Mideen sebagai medium sokongan dalam PdP pelajar PVMA Penyediaan dan Penghasilan Makanan. Produk ini berkonsepkan Unlocking Tomorrow – Hack the Impossible dengan mentransformasikan karipap tradisional kepada snek lebih berkhasiat melalui penggunaan pucuk midin merah yang kurang dikomersialkan. Midin merah diproses sebagai campuran doh dan inti bagi meningkatkan kandungan serat, warna semula jadi serta nilai tambah nutrisi produk. Inovasi ini selaras dengan kandungan pembelajaran CU03 Cooking Method yang menekankan kaedah memasak, penghasilan produk kreatif dan keusahawanan makanan. Seramai 30 orang pelajar SMK Sultan Mansor, Kuala Terengganu dipilih sebagai responden kajian melalui soal selidik Google Form dan penilaian sensori produk. Dapatan kajian menunjukkan bahawa 90% responden menyukai warna semula jadi produk, 85% berpuas hati dengan rasa, 88% menyatakan kesediaan membeli semula, manakala 92% bersetuju produk ini lebih sihat berbanding karipap biasa. Secara keseluruhannya, Karipap Mideen diterima baik oleh responden serta berpotensi dikomersialkan sebagai produk sedia dimakan atau sejuk beku di samping menyokong penggunaan hasil tempatan dan pembelajaran berasaskan inovasi selaras dengan aspirasi TVET.
Keywords: Karipap Mideen