Dian Diyana Aisyah Binti Mohd Iqlas SEKOLAH RENDAH ISLAM AL AMIN KERAMAT
Pembaziran air merupakan isu global yang semakin membimbangkan kerana ia boleh meningkatkan kos bil air serta menjejaskan sumber air bersih. Oleh itu, projek Inovasi IQ Smart Water Saver ini dibangunkan bagi membantu mengesan kebocoran atau penggunaan air yang berlebihan dengan lebih cepat dan berkesan dengan berasakan amaran bunyi dan cahaya. Projek ini menggunakan sensor air yang berfungsi untuk mengesan kehadiran air secara berterusan. Apabila sensor mengesan air, sistem akan mengaktifkan amaran berbentuk bunyi melalui buzzer dan cahaya melalui lampu LED sebagai tanda amaran kepada pengguna. Dengan adanya sistem ini, pengguna dapat mengetahui dengan segera jika berlaku kebocoran atau pembaziran air dan seterusnya mengambil tindakan pantas untuk menutup sumber air. Projek ini dibina menggunakan komponen elektronik asas seperti sensor air, buzzer, LED, bateri dan litar mudah tanpa penggunaan sistem pengaturcaraan yang kompleks. Hal ini menjadikan projek ini lebih mudah, kos rendah dan sesuai digunakan dalam pelbagai situasi seperti di rumah, sekolah dan tandas awam. Hasil ujian menunjukkan sistem berfungsi dengan baik dalam mengesan kehadiran air dan memberi amaran secara efektif. Secara keseluruhannya, inovasi ini berpotensi membantu mengurangkan pembaziran air, menjimatkan kos, serta meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan penggunaan air secara berhemah selaras dengan SDG 6 iaitu Air Bersih dan Sanitasi.