NUR AZRIEEN BINTI FAREED IZMAN SMK TELOK KUMBAR
Projek Natural Disinfectant via Simple Method dijalankan bagi menghasilkan bahan pembasmi kuman semula jadi yang lebih selesa digunakan oleh masyarakat. Pada masa kini, kebanyakan pembasmi kuman mengandungi kadar alkohol yang tinggi dan menghasilkan bau yang kurang menyenangkan. Oleh itu, projek ini menggunakan bahan-bahan organik sebagai alternatif yang lebih mesra pengguna. Kaedah yang digunakan adalah penghasilan pembasmi kuman daripada bahan semula jadi yang berupaya mengurangkan bau yang tidak digemari. Hasil projek menunjukkan bahawa produk ini dapat memberikan keselesaan kepada pengguna, terutamanya ibu bapa yang mempunyai anak kecil. Selain berkesan, produk ini juga lebih mesra alam dan selamat digunakan dalam kehidupan harian.
Kata kunci: pembasmi kuman semula jadi, bahan organik, mesra pengguna, mesra alam, alternatif alkohol.