Hariny A/P R. Kunasegaran SMK Taman Sri Muda
Pelepasan berterusan sisa detergen sintetik ke dalam sistem akuatik menyumbang secara signifikan kepada pencemaran air dan kerosakan ekosistem. Surfaktan seperti alkil benzena sulfonat boleh mengganggu proses respirasi hidupan akuatik dan menjejaskan kestabilan ekosistem melalui pengumpulan bahan kimia dalam badan air. Kajian ini membangunkan EcoZyme, iaitu bio-detergen lestari yang dihasilkan daripada sisa domestik seperti kulit buah-buahan, sisa sayuran dan gula hitam melalui proses fermentasi eco-enzim. Formulasi yang terhasil mengandungi enzim aktif seperti lipase, protease dan amilase yang mampu menguraikan kotoran kompleks melalui tindak balas hidrolisis. Analisis keberkesanan menunjukkan EcoZyme berjaya membersihkan kesan kotoran pada pinggan dengan berkesan sambil mengurangkan penggunaan bahan pencuci sintetik. Dengan menukarkan sisa organik domestik kepada agen pembersih bernilai tambah, EcoZyme bukan sahaja mengurangkan pencemaran air tetapi turut menyokong pengurusan sisa makanan secara lestari. Inovasi ini menyumbang secara langsung kepada SDG 12 melalui amalan penggunaan bertanggungjawab dan inovasi kitar semula sisa domestik.