YS977: NAVITRA

MUHAMMAD SUFFIYAN BIN ABD HAKIM SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN GOMBAK SETIA

Masalah orang kurang upaya tidak dapat mengetahui keadaan seiring berlaku di persekitaran mereka kerana buta atau rabun. Keadaan ini menyebabkan mereka kesukaran untuk berjalan di suatu tempat. Sekiranya tidak ditangani, ia boleh mengakibatkan kecederaan bagi mereka.

Bagi mengatasi masalah tersebut, projek Navita (Navigation Lenses) dibangunkan. Projek ini berfungsi untuk membantu orang kurang upaya berjalan tanpa mengalami kecederaan. Sistem ini membantu pengguna dengan cara sensor memberi maklumat kepada buzzer sekiranya terdapat halangan.

Sistem ini menggunakan sensor dan buzzer untuk mengesan halangan. Data yang dikesan akan diproses oleh mikropengawal. Apabila terdapat halangan yang berlaku, sistem akan berbunyi. Mekanisme buzzer berbunyi secara automatik digunakan untuk memastikan tiada kemalangan berlaku.

Projek ini mempunyai kelebihan seperti mengelakkan kecederaan. Selain itu, ia juga dapat memudahkan orang kurang upaya melakukan aktiviti harian. Secara keseluruhannya, inovasi ini dapat memberi impak yang positif kepada OKU.