SYAHIR MUAMMAR BIN SABERI MRSM KUBANG PASU
Teknologi thermoelectric (thermocar) energy harvester berfungsi menukar tenaga haba
daripada sumber seperti mesin, proses industri, haba tubuh manusia atau persekitaran kepada
tenaga elektrik melalui perbezaan suhu. Dengan kelebihan seperti tiada bahagian bergerak,
penyelenggaraan minimum, operasi senyap serta tiada penghasilan emisi, teknologi ini
menawarkan alternatif hijau untuk meningkatkan kecekapan tenaga dalam pelbagai aplikasi
moden. Di samping itu, penggunaan teknologi ini turut menyumbang kepada pencapaian
Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) iaitu SDG 7, SDG 9, SDG 12 dan SDG 13 melalui
pengurangan pembaziran tenaga, inovasi teknologi serta mitigasi perubahan iklim. Secara
keseluruhan, thermoelectric energy harvester berpotensi besar dalam menyokong sistem
tenaga masa depan yang lebih mampan dan mesra alam.