MOHD AZHAR BIN MOHD JUNUH SK SIMPANG TIGA,PARIT
Inovasi “Kotak Nilai” merupakan satu aplikasi pembelajaran digital berasaskan teknologi yang dibangunkan menggunakan platform Canva Code AI bagi menyokong pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral sekolah rendah. Inovasi ini memberi fokus kepada penguasaan dan penghayatan nilai-nilai murni dalam kalangan murid Tahun 1 hingga Tahun 6 melalui pendekatan interaktif dan berasaskan gamifikasi. Aplikasi ini mengandungi tiga komponen utama iaitu nota nilai, kuiz interaktif sebanyak 15 soalan, serta permainan “Kotak Nilai” berbentuk teka silang kata yang mencabar minda murid untuk mengenal pasti nilai-nilai murni. Selain itu, elemen carta ranking turut disediakan bagi memupuk motivasi dan persaingan sihat dalam kalangan murid. Reka bentuk aplikasi yang mesra pengguna, berwarna ceria dan interaktif membantu meningkatkan minat serta penglibatan aktif murid dalam pembelajaran. Penggunaan teknologi digital ini juga menyokong pembelajaran kendiri dan fleksibel selaras dengan keperluan pendidikan abad ke-21. Secara keseluruhannya, inovasi “Kotak Nilai” berpotensi menjadi alat bantu mengajar yang efektif dalam meningkatkan kefahaman, penguasaan serta amalan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian murid.
Kata Kunci: