ST1975: TO-BILANG-KA 3.0

LING SHIN YII IPG KAMPUS RAJANG

Projek “To-Bilang-Ka 3.0” dibangunkan bagi meningkatkan kefahaman murid Tahun 4 terhadap topik Tokoh-Tokoh Terbilang dan Pengasas Kesultanan Melayu Melaka. Inovasi ini menangani isu kelemahan murid dalam memahami maksud tokoh terbilang serta menyusun peristiwa pengasas secara kronologi. Pelaksanaan inovasi melibatkan dua tahap, iaitu “PE-SA-MA” (Tajuk 8) dan “PE-ME-LA” (Tajuk 9) yang mengintegrasikan ujian pra, nota interaktif, permainan pembelajaran, ujian pos dan maklum balas. Dapatan menunjukkan peningkatan pencapaian daripada 33.70% kepada 76.70% bagi Tahap 1 dan 37.5% kepada 92% bagi Tahap 2, sekali gus membuktikan keberkesanan inovasi ini.